Bulan ogos adalah bulan kelahiranku. Setiap tahun makin bertambah umur saya dan makin dekat menghampiri kematian.

Syukur kerana masih bernyawa hingga hari ini, 26 tahun hidup di dunia ini. Alhamdulillah.

Agak-agak bila pula kematianku?

Hari ini saya dan beberapa teman dari selangor sempat menziarahi saudara faizol yang berada di tanta, mesir.

Perjalanan ke tanta mengambil masa 1 jam 30 minit. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.

Driver arab cukup terkenal dengan cara pemanduaan yang menyeramkan. Saya bimbang jika berlaku sebarang kemalangan. (Semoga ALLAH memelihara kita)

Saya takut mati dalam keadaan kemalangan.
Terlalu awal mati, takut jugak.

Masa hidup yang ada ini, boleh digunakan semaksima mungkin untuk bekerja demi Islam.

Sahabat pejuang sekalian, jangan selalu beri alasan untuk bekerja demi Islam,
takut-takut kita mati, tak sempat nak berjuang untuk Islam.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 August 2010


Assalamualaikum,

Para pembaca budiman,

  • Sudah berpuluh-puluh tahun PAS mengajak semua ummat Islam di Malaysia bangkit untuk laksanakan hukum ALLAH. (Hudud, Qisas dan lain-lain lagi)
  • Malaysia sudah jadi negara penuh dengan penzina, perogol dan pembunuh.
  • 57 tahun UMNO dan BN memerintah, tiada sebarang pengurangan angka jenayah.
  • Pelaksanaan undang-undang Malaysia sangat rapuh untuk membenteras jenayah.
  • PAS bercita-cita untuk tegakkan hukum ALLAH, kerana itu sahaja penyelesai kepada masalah yang berlaku.
  • Hari ini keluar di web Malaysiakini, dua orang tokoh politik negara yang berbicara berkenaan undang-undang ke atas pesalah rogol
  1. karpal singh (sila klik untuk baca)
  2. dr mahathir muhammad (sila klik untuk baca)
  • Suatu masa dahulu kedua-dua individu ini cukup lantang bersuara memperlekeh hukum ALLAH.
  1. karpal singh "kalau nak buat negara Islam, langkah mayat saya dulu"
  2. dr mahathir muhammad "kalau nak makan sup tangan, pergilah ke kelantan sebab kerajaan negeri kelantan mahu laksanakan hukum hudud"
  • Sekarang baru nak cadangkan hukum bunuh ke atas perogol.
  • Islam sudah bagitahu dalam Al-quran sejak 1431 tahun yang lalu.
  • Kenapa tidak mahu kembali pada Undang-undang Islam?
  • Saya selaku ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) ingin mempertikai beberapa jemaah-jemaah yang mendakwa mendokong gerakan Islam, ISMA, JIM, ABIM, HALUAN, Jemaah Tabligh, Global Ikhwan dsb.
  • Mengapa anda masih tidak mahu bergabung bersama-sama PAS untuk menyatakan hasrat untuk menegakkan Negara Islam?
  • Sekadar bergerak mentarbiyah ahli dan menjalankan khidmat-khidmat masyarakat, adakah sudah memadai untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam?
  • Baru ini isu lesen judi yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri (Bapak Judi) menjadi bahan bual dan perbincangan dalam usrah-usrah.
  • Saya cukup terkilan apabila mendapat tahu seorang naqib ISMA memberi respon berkenaan isu tersebut.
  • Respon beliau, terhadap isu itu berbunyi begini " Taatilah ALLAH dan Taatilah Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu. Pemimpin kita lebih tahu mengapa lesen judi diluluskan. Kita selaku rakyat perlu taat pada pimpinan kita"
  • Saya serah pada pembaca budiman untuk berfikir.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 02 August 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Baru-baru ini kecoh satu Malaysia, buku koleksi kartun terbitan saudara Zunar diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Inilah rupa pemimpin negara kita yang boleh menjai bahan ketawa rakyat, buat malu je

Selaku seorang pemimpin, tampilkan watak yang sewajarnya. Apabila dasar pimpinan tersebut lari dari landasan Islam dan Iman, maka kemuliaan (i'zah) akan hilang dari diri mereka.

Ingat kata-kata saidina Umar Al-Khattab " Kita adalah sebuah kaum yang telah dimuliakan oleh ALLAH dengan Islam, jika kita tidak bawa islam dalam kehidupan, kita akan dihina oleh ALLAH"

Wahai sahabat-sahabat pimpinan, terapkanlah dasar-dasar Islam dalam pembawakan organisasi anda. Walau apa pun aktiviti yang dilakukan, jangan sekali-kali tinggalkan Islam di belakang.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 29 July 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Assalamualikum

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Muhammad bin Abdullah s.a.w.

Bulan Jun dan Julai adalah waktu yang sangat penting bagi pelajar-pelajar yang berada di Mesir. Waktu ini, semua pelajar samada pengajian Islam mahupun perubatan menghadapi musim peperiksaan. Alhamdulillah, syukur!! saya juga berpeluang untuk mengambil peperiksaan Master di Kuliyah Darul Ulum, Cairo University bagi sesi 2009/2010.

Selesai peperiksaan, tiba pula satu masa yang cukup mendebarkan setiap jiwa pelajar iaitu pengumuman natijah peperiksaan. emmm!!! ada yang mengeluh, ada yang melompat gembira....

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku di Darul Ulum, saudara Mohd Faizal bin Sabhon (ezo) dan saudara Abdullah bin Hussin, kita sama-sama kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu. Masih ada peluang untuk berjaya. Saya sentiasa mendoakan kalian agar menjadi ulama' satu masa nanti.

Tulisan saya kali ini tidak fokus pada apa-apa tajuk dan perbincangan. Saya lebih santai untuk menulis dan bercerita. Maklumlah sudah 2 bulan tidak jengah ke laman sendiri. Sudah bersawang agaknya, petang ini saya membersihkan sawang-sawang yang ada agar laman ini bersinar kembali membawa mesej-mesej dakwah dan peringatan untuk kita semua.

Pagi tadi, selesai bersarapan, saya duduk sendirian membelek buku-buku yang tersusun di atas rak. Dari buku catatan peribadi ke buku motivasi kemudian buku gerakan islam dan beberapa lagi buah buku yang saya sudah miliki. Bukan tujuan untuk membuat kajian ilmu, tapi sekadar melihat isi kandungan buku tersebut, manalah tahu terjumpa topik perbincangan yang menarik. Boleh saya ambil manfaat dan kongsikan bersama rakan-rakan.

Saya terpandang ke arah album perkahwinan, saya tersenyum seketika. Saya selak setiap helaian album tersebut, hehehe!!! tertawa kecil. "Aku sudah berkahwin? macam tak percaya".

Alhamdulillah, benarlah janji ALLAH dan Rasul-Nya. Kadang-kadang bila saya renung kembali saat-saat percintaan saya dan zaman bujang, saya dapat lihat bantuan ALLAH itu sangat dekat bagi mereka yang benar-benar yakin.

Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang perkara ini, cukuplah sekadar satu perkongsian buat teman-teman yang masih bujang. Bila kita niat bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan seorang muslimah yang baik, maka ALLAH akan memudahkan jalan ke arah niat tersebut.

Saya ingatkan kepada mereka yang "bercouple" dan bermain-main dengan cinta tanpa tujuan untuk mendirikan rumahtangga, agar bertaqwa kepada ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH dan Rasul.

Setiap jiwa yang sihat, pasti ada keinginan untuk bersama dengan pasangannya. Sudah menjadi ketetapan bahawa fitrah kejadian alam ini dijadikan berpasangan. Keinginan tersebut perlulah disalurkan pada jalan yang diredhadi ALLAH.

Ahli-ahli PMRAM telah diajar untuk menggunakan medium Bait Muslim untuk meluahkan hasrat tersebut. Alhamdulillah, inisiatif ini yang sangat berfaedah dan bertepatan dengan syarak.

Pada minggu lepas, isteri saya telah dihubungi oleh seorang ukhti yang berhasrat untuk berbincang dengan pasangannya berkaitan Bait Muslim. Saya mengalu-alukan kehadiran mereka ke rumah kami, walaupun pada hakikatnya agak sibuk dengan kerja-kerja luar.

Kesibukan saya tidak boleh menjadi penghalang untuk membantu pasangan tersebut, kerana mereka memilih jalan yang betul. Kebetulan pada hari tersebut saya hanya sempat tidur selama satu jam sahaja dan terasa sangat letih, tetapi saya kuatkan semangat juga. Sekiranya saya tidak bantu mengadakan liqo' tersebut, mungkin mereka memilih untuk berjumpa di luar tanpa pantauan dari Bait Muslim.

Apa yang saya cuba sampaikan buat sahabat-sahabat khususnya yang masih bujang, gunakanlah medium Bait Muslim untuk meluahkan hasrat. Jangan kita kotori kesucian ilmu dan dakwah yang kita jalankan dengan dosa "couple".

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 28 July 2010
0 komen menbina
categories: | edit post




Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi sehingga hari ini kita masih merasai 2 nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Sekian lama saya tidak menyulam bicara di sini. Pasti ramai yang tertanya-tanya sejauhmana perkembangan isu yang saya timbulkan dahulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang prihatin dengan isu ini terutama keluarga saya, sahabat2,beberapa pihak yang terlibat dalam pengurusan zakat dan individu yang memberi sokongan moral dan material. Terlalu ramai untuk saya senaraikan.

Semalam saya sudah mendapat slip bank untuk pembayaran yuran pengajian saya bejumlah 2,400 pound sterling bersamaan LE20,000 yang telah dijelaskan oleh pihak pentadbiran Pejabat HEP Selangor. Ucapan terima kasih buat Ustaz Halim dan staf kerana telah mengambil inisiatif untuk mendahulukan pembayaran tersebut meskipun saya belum menerima chek dari Pusat Zakat Selangor(PZS) sehingga kini. Sekurang-kurang saya merasa lega dan dapat lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan yang semakin terasa bahangnya.

Usaha yang saya lakukan sebelum ini sekadar bertujuan memastikan pengurusan Zakat Master ini tidak bermasalah dan tergendala. Secara positif, saya amat sukacita atas sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak terlibat termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam menerima aduan dan teguran daripada rakyat. Malah, kesediaan untuk berkhidmat dan bertindak secara terlus amat dipuji. Tidak dapat dinafikan, tidak ada kepimpinan yang sempurna. Kisah Saidina Umar yang meminta rakyat memberi nasihat dan teguran atas pentadbiran beliau wajar ditauladani.

Sudah menjadi adat, sesuatu perkara akan mendapat lebih perhatian dan tindakan lantaran aduan dan teguran. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dan saling menyempurnakan. Itulah akhlak yang diajar oleh Islam kerana kepimpinan bukanlah tasyrif tetapi taklif.

Saya juga dihubungi beberapa orang sahabat yang berhajat menyambung pengajian Masterdi Mesir tetapi meluahkan kerisauan mereka tentang tajaan yang dijanjikan oleh PZS. Pesanan saya, teruskanlah niat suci tersebut. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan dan membantu orang-orang yang menuntut ilmu. Soal rezeki, kos kehidupan dan tajaan pengajian, serahkan kepadNya. Usaha kita, gunakan ruang dan peluang yang ada. Boleh terus berurusan dengan Ustaz Halim untuk permohonan Zakat Master .Mungkin masalah yang saya hadapi ini hanyalah cabaran untuk batch pertama sahaja. Saya yakin pengurusan akan lebih efektif pada tahun-tahun akan datang.

Selamat berjaya kepada semua yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan. Buatlah yang terbaik untuk Islam. Never give up!

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 18 May 2010
2 komen menbina
categories: | edit post


mahasiswa bingung


Dalam kesibukan para mahasiswa/wi Malaysia sibuk menghadapi peperiksaan pada mei 2010, macam-macam isu yang berlaku.

Isu yang timbul di ARMA berkaitan perjumpaan antara pegawai JPMK dan penghuni ARMA, yang bersangkut paut tentang undang-undang untuk tinggal di ARMA.

Isu pegawai JPMK memfitnah pengerusi Tanta.

Isu perpindahan pelajar wafidin ke Kaherah.

Isu penangkapan 4 orang pelajar atas tuduhan terlibat dengan ikhwan muslimin.

Selepas ini tak tahu lagi apa isu yang akan timbul...

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 26 April 2010


Tahniah kepada abg daud (abng aku sendiri la) dan 2 orang hero dia dapat. hehe lepas ni kene lebih sabo la dengan syamil dan suhail. Takpe masa sekarg ni nk membesarkn anak2 mmng susah, besok dia dh besar kita pun dah tua, mereka pulak akan bantu kita. Macam la sekarg ni ayah aku dah tua, so kami anak2 dia akan berkhidmat pada dia selagi mampu.

papehal Tahniah bro..

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 17 April 2010
0 komen menbina
categories: | edit post

sapa-sapa nak kitab pdf free sebanyak 100 giga boleh cntct saya.....percume dengan pembelian jamik kabir version 2 dngn harga le 950 daripada harga asal le 1500.

promosi selama 3 bulan sahaja (april mei jun)

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on
0 komen menbina
categories: | edit post

Pukul 1 pagi, selesai baca kitab pdf

مبحث الاجتهاد والخلاف، تأليف: محمد بن عبد الوهاب، دار النشر: مطابع الرياض - الرياض، الطبعة: الأولى، تحقيق: الشيخ عبد الرحمن بن محمد السّدحان والشيخ عبد الله بن عبد الرحمن الجبرين
saya di sapa oleh rakan untuk makan tengah malam.

Ini aktiviti orang bujang pukul 12 malam ke atas. Baca buku, layan internet, tgok movie, dah lapar telepon restoran yng ada delivery.

Sekarang ni saya tengah bujang, tinggal beberapa hari lagi saya akan jadi suami semula. hehehe Menikmati zaman bujang.

Ulama' bujang terseksa di dunia tetapi tidak di akhirat.

Tacobee sejenis makanan dari sebuah restoran di mesir ni yang menyediakan ayam goreng dan kentang koreng macam KFC. Harga pun berpatutan Le 10.00 sahaja.

Alhamdulillah kenyang saya malam ni lepas baca kitab. Biasanya perut akan lapar lepas kita bagi tumpuan pada pembacaan, karangan dan sebagainya.

Apa yang saya sembangkan dengan rakan saya us muqri? .....
Ini lah kisahnya http://beritautama-infokini.blogspot.com/2010/04/annual-dinner-2010-bil-mansurah-al.html (klik utk baca lebih lanjut)

Macam2 idea yang kami pikirkan untuk selesaikan masalah tersebut.
1- kita belasah je budak2 BODOH tu (saya kata pada kawan saya, mereka tu dah la BODOH, akhlak pun takde, kalo mereka tak pandai tapi akhlak baik, takpe lagi, kita boleh belajar sama2, tapi budak2 tu memang BODOH, saya ulang BUDAK BODOH)...... kawan saya kata "tak boleh", nnti jadi kes polis, dan PMRAM gk kene tuduh.

2- kita hantar surat, gambar dan bukti2 kat mak bapak diorg...... kawan saya kata "tak boleh", tak guna kalo hantar pun, mak bapak diorg pun sama, tak amik kisah, saya terfikir diorg tu anak zina ke? nauzubillah.. saya tak tuduh, tapi kenape mak bapak diaorg benarkan anak2 mereka berzina??? tak de rase malu ke kalo dalam keturunan mereka ada anak hasil zina.

3- kita report polis, kata kawan saya... "polis mesir........." saya faham2 je la

4- saya pikir apa tindakan kedutaan malaysia atas masalah ini... saya tak tahu sebab saya belum jadi duta malaysia di mesir.

Hampir kebanyakan waktu saya berfikir masalah ini. Bagaimana nk selesaikan masalah ini.

Sudah pasti ini tarbiyah dari ALLAH kepada pendakwah seperti saya dan rakan2, mungkin juga teguran dari ALLAH, kerana terlalu sibuk dengan ilmu, kita terlupa buat dakwah dan persatuan.

ALLAH ampunkan aku.

Saya pun terus makan ayam goreng tu, eh2 dah habis,, nak lagi...

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 April 2010


Kalimah tayyibah menulis dan mengkaji tentang ijtihad. Dari sudut makna ijtihad itu sudah menggambarkan kesungguhan dalam mengeluarkan hukum syarak. Begitu juga jihad yang memerlukan kekuatan tenaga dan sebagainya demi mengalahkan musuh.

Orang yang bersungguh-sungguh pasti mendapat apa yang dicari. insALLAH.

Ijtihad di zaman sekarang, lebih lagi diperlukan disebabkan keadaan dan persekitaran manusia yang berubah sedangkan hukum pada zaman dahulu berbeza.

النصوص محدودة و الوقائع غير محدودة

bermaksud - nas dari alquran dan sunnah terhad,
sedagkan hal ehwal dan masalah semasa tidak terhad dan sentiasa berlaku.

Ijtihad dalam islam perlu menjadi penyelesaian kepada semua masalah yang berlaku pada zaman ini kerana ISLAM itu sesuai untuk setiap masa dan tempat. Jika tidak, hukum dan undang-undang ciptaan manusia akan mengambil alih tempat sebagai penyelesai masalah.

Tetapi bukan mudah untuk mencapai taraf sebagai mujtahid.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on
0 komen menbina
categories: | edit post

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari