Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts


GAGAL! KALAH! PUTUS ASA!

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa yang gagal dalam hidup anda. Orang yang cepat putus asa adalah orang yang gagal. Anda putus asa sekarang, anda akan gagal dan menangis bersendirian masa akan datang.

Apabila kita gagal untuk memahami sesuatu perkara yang kita pelajari, atau tidak dapat apa yang kita cari, bukan bermakna kita telah gagal. Akan tetapi jika kita berhenti berusaha untuk memahami dan mencari apa yang kita hajati itulah sebenarnya kegagalan yang menimpa diri kita.

Tak faham, susah untuk menulis dan pening untuk menghafaz pelajaran adalah lumrah bagi seorang pelajar. Jika anda baca pelajaran anda dan mudah untuk memahaminya, anda bukan lagi duduk di peringkat pelajar, mungkin sudah menjadi pensyarah atau syeikh atau sebagainya. Anda masih bergelar seorang pelajar, so semua perkara tu adalah perkara biasa yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Peringkat pembelajaran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan usaha yang lebih gigih dan usaha yang berterusan. Putus asa bukan penyelesaiannya.

Al-Imam As-Syatibi menyenaraikan 4 peringkat pembelajaran dalam semua bidang ilmu:-

1) تلقي العلم التقليدي
- menerima ilmu dari para pengajar

2) القدرة على العبارة عن ذلك العلم
- kemampuan untuk menguasai ilmu dan memahaminya dengan betul

3) المعرفة بما يلزم عن ذلك العلم
- menguasai segenap penjuru dari ilmu tersebut dan faham tujuan ilmu tersebut

4) القدرة على دفع إشكاليات ذلك العلم
- kemampuan untuk mempertahankan sebarang keraguan yang ditimbulkan terhadap ilmu tersebut.


"keep trying"

Jika anda pernah gagal pada suatu masa dahulu, jangan biarkan diri anda terus berada dalam kegagalan. Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan. Sekali sahaja anda membuat keputusan untuk berhenti berusaha, anda sudah gagal walaupun anda belum menduduki peperiksaan.

Sebagai seorang pelajar ilmu agama ALLAH, saya telah diamanahkan untuk mendalami ilmu ini dengan sungguh-sungguh. Amanah untuk disampaikan pada ummat islam yang sangat disayangi, sebagaiman Nabi s.a.w menunjukkan kecintaan terhadap ummat ini ketika hampir wafat menemui ALLAH s.w.t.

Setiap kesusahan untuk memahami ilmu, mengahafal dan mengajarnya...semuanya adalah pahala dan ganjaran dari ALLAH s.w.t.

Ya ALLAH berilah kami kekuatan untuk menuntut ilmu agama dan mempertahankan islam...
amin,,


Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 25 February 2010


TQ PMRAM.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 06 May 2009

Coretan di pagi hari, saya mahu membakar lagi semangat untuk tempuhi imtihan tidak lama lagi. (mungkin bakar dengan arang atau campak dalam api terus) Doa dari keluarga yang tersayang dan sahabat seperjuangan sangat diharapkan sebagai pengiring dan penguat usaha saya yang sekelumit cuma. Ingin saya kongsi bersama para sahabat yang budiman, sedikit ilmu dan semangat motivasi untuk sama-sama kita manfaatkan di musim-musim peperiksaan ini. (khusus untuk sahabat-sahabat dari mesir.)

Sebuah buku motivasi karangan Dr.Danial Zainal Abidin, yang berjudul 7 Formula Individu Cemerlang telah memberikan saya satu kesedaran dan semangat untuk terus berusaha. Peperiksaan adalah satu perkara yang sangat penting bagi seluruh pelajar. Sebahagian akan gembira apabila tiba musim-musim peperiksaan kerana pada mereka peperiksaan adalah jalan untuk mereka menguji kemahiran, ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. Sebaliknya pula, ada yang tertekan, kerana peperiksaan adalah satu yang menyiksa mereka. Terserah pada anda untuk tentukan.....

Petikan idea cetusan dari buku tersebut berkaitan minda seseorang samada dia seorang pelajar, pekerja dan sebagainya. Saya cukup tertarik dengan lontaran idea pengarang tentang "MINDA MENANG DAN MINDA KALAH".

Apa yang anda faham tentang istilah itu?


aiman : "saya faham, kalo saya menang main game FIFA@PE
S2009 dan dapat kalahkan kawan dengan 5-0. Itulah makna istilah kat atas tu.."

Tengok tu sahabat-sahabat, aiman yang baru berumur 12 tahun pun faham, mungkin pada pandangan kita itu satu perkara yang remeh temeh dan tak berguna. Cuba kita perhatikan, bagaimana aiman mampu mengatasi kawannya dalam mendapatkan gol yang banyak. Samada dengan skill yang digunakan untuk menekan-nekan keyboard dan joystick atau formasi pemain yang mantap. Benar! ada satu lagi faktor yang besar membantu aiman untuk berjaya mendapatkan 5 gol, iaitu MINDA MENANG.

(sebelum main game, salah seorang atau kedua-dua
pemain akan berkata "aku mesti menang dan aku nak kalahkan kau....hahaha")
Motivasi diri dan bayangan minda untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan yang tersemat dalam pemikiran pemain tersebut dapat menolak dirinya untuk berusaha mendapatkan yang terbaik. Nah... keputusan yang cukup memberansangkan.

Beberapa hari sebelum peperiksaan, saya ambil kesempatan untuk membina bayangan dalam minda suasana peperiksaan dan situasi hari peperiksaan. Tarikh peperiksaan saya adalah pada tanggal 18 mei ini, lebih kurang berbaki 12 hari dari tarikh saya mengarang coretan ringkas ini. Kebiasaan bagi pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah, akan mengambil sedikit ruang waktu sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk memohon restu dan bantuan dari ALLAH s.w.t di masjid Azhar yang terletak bersebelahan dengan universiti. Saya luangkan masa bersama mereka yang akan hadapi peperiksaan pada hari tersebut (beberapa hari yang saya sempat ke sana) untuk ambil semangat dan membayangkan realiti yang saya akan hadapi pada tanggal 18 mei.

Bagaimana keadaan saya pada 18 mei nanti jika saya masih tidak bersedia secukupnya?

Saya cuba wujudkan dalam minda saya "MINDA MENANG" bukan "MINDA KALAH". Saya mesti bersedia secukupnya untuk bekalan menjawab peperiksaan. Saya mesti gembira apabila selesai menjawab semua persoalan yang akan ditanyakan.

Saya yakin saya BOLEH...
(bukan boleh blah je..)

Ingat teman-teman sekalian pesanan TUK BAYAN TULA dari PULAU LANUN..
kalo tak ikut kene sumpah jadi kodok...
KALAU MAU PINTAR, BELAJAR!
KALAU MAU BERHASIL, USAHA!


-petikan dialog dari cerita LASKAR PELANGI-

RUJUKAN : Buku motivasi " 7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG" karangan Dr Danial Zainal Abidin.
halaman 262, cetakan PTS
-saya akan ke masjid azhar pagi ni
-
-aiman yang disebutkan di atas tk wujud pun, sekadar tambahan pelengkap rasa-
-orang yng belum tonton cerita laskar pelangi ni, kene tonton-



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on




mereka boleh lakukan... aku???

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 05 May 2009

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari