Showing posts with label ilmiyah. Show all posts
Showing posts with label ilmiyah. Show all posts


Dr Muhammad Al-Dasuki salah seorang doktor di kuliyah saya. Beliau mengajar kami dalam bidang "Manhaj Bahas fi Ulum Islamiyah" , konsep kajian dan penyelidikan dalam ilmu islam.

Setiap bidang ilmu islam ada cara dan skill yang tertentu dalam usaha untuk merungkai sebarang permasalahan yang wujud. Contohnya dalam bidang usul fiqh, cara kajian dalam bidang ini agak berbeza dengan bidang ilmu tauhid.

Beliau seorang yang tenang dalam mengajar dan menyampaikan ilmu. Gaya yang bersahaja tetapi mantap dengan hujah bagi setiap pandangan yang dilontarkan kepada kami. Hari ini adalah hari terakhir beliau bersama kami setelah hampir 3 bulan bersama dalam semester pertama dan kami sempat mengkhatamkan kitab karangan beliau sendiri berkaitan subjek yang diajar.

Sebelum pulang tadi, saya dan seorang sahabat, ustaz Abdullah husin sempat menyapa dan bertanyakan beberapa soalan kepada beliau. Alhamdulillah, sifat yang begitu peramah dan murah hati untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak murid kesayangan beliau.

Saya bersalaman bersama beliau dan mengucapkan terima kasih atas semua ilmu yang dicurahkan kepada kami dan mendoakan beliau agar diberi kesihatan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Begitulah adab dan tertib sebagai seorang murid yang telah diterapkan oleh kebanyakan para masyaikh dan tok-tok guru di Malaysia. Adab dan akhlak adalah perkara yang penting dalam pengajian kerana ia merupakan punca kepada keberkatan ilmu tersebut.

Teringat saya kata-kata Syeikh Yusri yang baru sahaja pulang dari Malaysia dalam misi dakwah beliau ke asia. Beliau memuji sifat orang melayu yang sangat menghormati para ulama' dan pelajar-pelajar ilmu agama. Beliau juga menyarankan supaya orang Mesir mempelajari adab dan sopan santun dari orang melayu.

Semoga ALLAH memberkati ilmu kita semua, memberkati para guru yang menyampaikan ilmu dan memberikan manfaat terutama kepada diri sendiri dan manfaat jua kepada ummat ini.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 February 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Di antara sebab-sebab perselisihan fuqaha' dalam menetukan hukum adalah berikut :-

Pertama - Perbezaan cara bacaan al-quran (qiraat sab'ah) yang masyhur dan mutawatir di kalangan imam-imam qiraat

Kedua - Sebahagian hadis yang sampai kepada sebahagian sahabat r.hum dan ada yang tidak sampai kepada mereka

Ketiga - Syak dalam menentukan kesahihan sesebuah hadis.

Keempat - Perbezaan dalam memahami sesuatu nas dari al-quran dan al-hadis

Kelima - Sesetengah perkataan bahasa arab yang terdapat dalam al-quran dan al-hadis yang memberi dua maksud yang berbeza

Keenam - Percanggahan antara dua dalili.( hakikatnya perkara tersebut tidak berlaku, cuma nas yang datang tersebut dalam waktu dan keadaan yang berbeza sahaja)

Ketujuh - Tidak terdapat sebarang nas yang wujud bagi suatu masalah baru yang mendatang.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 20 February 2010
0 komen menbina
categories: | edit post

TERKEZUT........
Saya ingin mengutarakan satu fahaman yang kurang baik telah wujud di kalangan para penuntut ilmu ALLAH s.w.t.

"kalo kita nak belajar dengan ustaz-ustaz melayu sahaja, baik duduk malaysia tak perlu datang ke mesir, belanja besar. kita datang ke mesir untuk dapatkan ilmu dari para syeikh arab"

Secara peribadi, saya merasa cukup kesal dan sedih bila mendengar kenyataan seperti berikut yang dilontarkan oleh individu-individu yang kurang hemah terhadap adab dan displin ilmu. Mengapa sampai macam tu sekali?

Saya tidak menafikan kenyataan beliau, mungkin bersifat peribadi. Saya menghormati pendapat orang lain dan jika benar pendapat tersebut, alhamdulillah. Jika salah, sama-sama kita muhasabah dan baiki kesilapan.

Memetik kata-kata ulama' mazhab shafie terhadap pendapat yang berbeza dengan fahaman mazhab tersebut "
Ini pendapatku kemungkinan benar barangkali salah, maka jika aku benar itu dari Allah dan jika aku salah daripadaku dan daripada syaitan "

Saya tidak mahu mewujudkan ketegangan dan persengketaan sesama kita semua, tetapi ingin mencari titik kejernihan dan penyelesaian. Saya cuba amati pemikiran mereka, mengapa timbul dalam benak mereka satu pandangan yang sinis terhadap ustaz-ustaz melayu?

Walaupun saya kurang bertalaqi dengan ustaz-ustaz melayu tetapi saya tetap sanjung mereka dan tidak pernah menafikan ilmu dan usaha mereka untuk menyampaikan ilmu di Mesir ini.

(disambung pada 30 april 2009)

Banyak kelebihan yang kita akan dapat apabila kita belajar dan bertalaqi dengan para masyaikh arab, ini satu kenyataan dan telah terbukti. Para masyaikh arab mampu memahami nas-nas dari quran dan sunnah yang berbahasa arab dengan pehamaman yang tepat, kerana mereka dari golongan arab dan bahasa arab itu adalah bahasa mereka.

Seterusnya, talaqi dari mereka juga dapat meningkatkan kualiti kefahaman bahasa arab kita samada dari bahasa fushah ataupun ammiyah. Jika sekiranya kita nak bertanya, mahu tidak mahu sudah tentu perlu bercakap bahasa arab, suasana seperti ini sangat bagus untuk menjadikan para azhari mahir bertutur dalam bahasa arab.

Alangkah baiknya kehebatan yang telah dicanai kesan dari pengajian bersama syeikh-syeikh arab tersebut, diadunkan pula dengan ramuan tambahan dari ustaz-ustaz melayu. Sudah tentu akan menghasilkan seorang ulama' yang cukup hebat yang akan bermanfaat pada ummat ini.

Fenomena kuat talaqi sudah semakin menular dikalangan para azhari. Kesedaran ini perlu diteruskan dan satu generasi ke satu generasi. Kadang-kadang kita konfius samada nak pergi kelas syeikh arab ataupun kelas ustaz melayu? Pilihlah mana yang kita rasa kita mampu ikut dan banyak manfaat pada diri kita sendiri. Sangat sedih bila tengok diri sendiri dan kawan-kawan seperjuangan malas untuk pergi talaqi.

Bila cakap tentang talaqi, mesti orang akan kata... "tinggal persatuan". Kesibukan dalam berpesatuan bukan penghalang untuk bertalaqi, tetapi kebodohan kita untuk susun masa dan kemalasan kita yang menyebabkan kita tinggal salah satu.

Azhari ada dua tugas, bukan belajar dan talaqi sahaja... tapi azhari adalah seorang pendakwah. Pendakwah tidak boleh berhenti bekerja untuk sampaikan islam, bila-bila masa di mana jua.

jom jadi ulama' jom jadi daie'

ulama' haraki masa hadapan.......

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 30 April 2009
1 komen menbina
categories: | edit post

Muktamar sanawi PMRAM kali ke-76 dapat berjalan lancar dan dengan jayanya. Hampir 600 orang perwakilan dan pemerhati dari kalangan ahli dan bukan ahli yang hadir. Semua yang hadir dengan hasrat untuk menguatkan lagi PMRAM dan menjadikan PMRAM satu-satunya wadah mahasiswa melayu yang berada di bumi mesir ini.

Perwakilan dari Selangor seramai 20 orang yang diketuai oleh Ustaz Azwan Sarjidin telah sampai ke tempat muktamar seawal jam 7.20 pagi. Walaupun kami tidak memenangi kategori perwakilan terbaik pada muktamar kali ini, namun kehadiran dari ahli-ahli BKASM menunjukkan kesungguhan kami bersama PMRAM.

Semangat "KITA PMRAM" perlu ditanam kepada semua ahli yang berada di bumi Mesir ini.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 27 March 2009
0 komen menbina
categories: | edit post

Disisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.

Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia.

Allah s.w.t telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia. Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah swt akan menempa azab dariNya.

buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 12 March 2009
0 komen menbina
categories: | edit post


01. muka hadapan program jamik kabir


02. Tarajim dan nama-nama ulama' terkenal

03. takhrij hadis.


04. tafsir ayat quran dari kitab muktabar



05. kamus dari kitab2 turath, lisan arab dsb



06. program carian (a)


07. program carian (b)


08. program carian (c)

09.program carian (d)



keterangan lanjut sila hubungi abdrahman mohdtharin
011 639 1176
016 124 8169

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 February 2009
0 komen menbina
categories: | edit post

Sejarah kehidupan manusia di dunia ini berlaku berulang-ulang dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Bermula dari kejadian manusia pertama Adam alaihi salam, hingga ke saat ini. Setiap detik yang telah berlalu dari kehidupan manusia itulah sejarah . Samada kita sedar atau tidak, sejarah adalah kayu ukur yang penting dalam membentuk sebuah tamadun gemilang. Malang sekali, kebanyakan manusia sering melupakan sejarah.

Cuba kita sama-sama imbas waktu di bangku persekolahan (sekadar tambahan) hampir kebanyakan dari pelajar tidak meminati mata pelajaran ini. Sejarah dianggap satu subjek yang membosankan. Betul atau tidak, jawapannya ada pada diri anda.

Saya sempat bersama dengan seorang penulis buku berkaitan perjuangan PAS, iaitu Ustaz Ridhuan Mohd Noor, menimba sedikit ilmu dan pengalaman beliau dalam penulisan. Beliau lebih dikenali dengan seorang ustaz yang rajin "menjunjung" laptop ke mana sahaja beliau pergi. Saya amat meminati penulisan beliau dalam menerangkan sejarah perjuangan islam di Malaysia khususnya. Antara buku beliau yang sempat saya khatamkan ialah ulama' dalam sorotan perjuangan kemerdekaan, menggenggam bara, saat cinta bertasbih dan banyak lagi.

"Sejarah ditulis oleh pemenang"

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh beliau ketika sembang-sembang kami di meja makan. Walaupun ianya satu ungkapan yang ringkas, tetapi begitu besar maksud yang ingin disampaikan. Cukup sahaja dengan sejarah kemerdekaan tanah melayu, begitu bahlolnya pelajar-pelajar sejarah yang telah diperbodohkan oleh pemerintah zaman itu. Sejarah telah diselewengkan dari fakta sebenar. Susah payah ulama' dalam berusaha membebaskan tanahair yang tercinta ini lansung tidak diberi penghormatan. Jasa mereka dilupakan, pengorbanan mereka tidak lagi dipandang. Nama-nama tokoh yang lain pula diketengahkan menjadi hero tanah melayu ketika itu. Kesannya sehingga ke hari ini, masyarakat tidak nampak peranan ulama' dalam urusan pentadbiran negara. Bahkan golongan-golongan akademik lebih terkehadapan untuk memimpin dan mentadbir Malaysia.

Begitulah kaitan yang saya dapat simpulkan dari ungkapan ustaz Ridhuan Mohd Noor tadi.

Saya ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian, mengimbas kembali sejarah kehebatan Islam. Seorang tokoh sejarah islam, Doktor Raghib Sarjani, yang banyak menghasilkan buku-buku penulisan tentang sejarah islam bermula zaman gemilang Baginda s.a.w, sehingga Khilafah Islam terkubur di Turki. Saya yakin banyak lagi pengarang-pengarang yang hebat menceritakan sejarah kegemilangan islam. Cuba kita luangkan masa untuk menatap kisah-kisah pewira agama agar mekar dalam hati sanubari kita ini sifat untuk berjuang demi agama tercinta.

Namun kini, apa yang dapat kita perhatikan pada hari ini, kisah-kisah tersebut hanya menjadi rakaman sejarah sahaja. Dimanakah usaha untuk mengembalikan tokoh-tokoh handalan dalam islam? Apakah diri ini layak digelar pembela agama? Adakah kita sudah mencapai tahap yang setanding dengan mereka yang bergelar pewira agama?

Fikir-fikirkan lah, renungilah sedalam-dalam hati kita. Buatlah sesuatu untuk menuju kearah kegemilangan ISLAM.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 08 February 2009
2 komen menbina
categories: | edit post

Sakit itu datang dari ALLAH. Bila kita ditimpa sakit, seharusnya memanjatkan rasa syukur kepada ILAHI kerana memberikan ruang untuk kita mengingati akan kehebatan ALLAH, kematian yang akan kunjung bila tiba waktunya.

Ini hanya catatan untuk diriku dan ingin daku kongsi buat teman-teman pembaca.

Dalam Al-Quran, ALLAH menyebutkan perkataan "المرض" sebanyak 12 kali. Bukan sahaja sakit yang menimpa badan kita tapi lebih dari itu, sakit yang menimpa dalam hati sanubari manusia ini.

Mari kita kaji sedikit berkenaan perkataan "المرض" ini. Menurut kamus "المعجم الأساسي العربي" perkataan "المرض" ini diterjemahkan kepada maksud suatu keadaan yang berbeza dari kehidupan manusia yang normal dan sihat. Terjemahan lain juga menyebutkan tentang sifat manusia yang suka berpura-pura "النفاق".

Sungguh malang bagi mereka yang mengetahui tubuh badannya sakit tetapi tidak tahu akan hatinya yang sedang menderita kesakitan. Hati dan badan ada suatu kaitan yang cukup rapat. Orang yang selalu dijangkiti penyakit berkemungkinan mempunyai hati yang sedikit kotor. Oleh yang demikian, ALLAH yang Maha Penyayang memberikan sedikit peringatan agar manusia itu ingat akan kesalahannya dan bertaubat.

Sakit dalam hati @ "النفاق" adalah penyakit yang terbesar sekali dan cukup payah untuk mengubatinya. Penyakit inilah yang menimpa ummat Islam hari ini dan menyebabkan mereka hidup dalam lembah kehinaan.

Orang Islam tidak boleh menganggap mereka telah benar-benar beriman dan duduk senang lenang untuk masuk ke dalam syurga ALLAH s.w.t. Setiap individu Islam wajib menjadi pejuang agama demi mempertahankan Islam.

Pejuang agama tidak boleh wujud dalam hatinya sifat yang terkeji, iaitu "النفاق". Orang Islam sering melaungkan kalimah yang agung "الله أكبر", adakah benar kita merasakan kehebatan ALLAH? Adakah kita berjuang demi agama dengan bersungguh-sungguh?

Daku tinggalkan persolan-persoalan itu untuk ku benamkan dalam fikiranku dan buat tatapan sahabat-sahabat budiman.

Perang akidah yang sedang berlaku pada hari ini menyaksikan kejahatan binatang-binatang Yahudi merakusi rakyat Palestin yang lemah. Daku berkesempatan menyaksikan sendiri mangsa-mangsa peperangan yang terlantar di hospital. Keadaan mereka lemah tak bermaya, akan tetapi masih mampu mengukir senyuman dan menerima kunjungan tetamu-tetamu yang prihatin terhadap nasib mereka.

Daku takjub dengan ketabahan mereka yang sabar menerima ujian ALLAH. Redho akan ketentuan Ilahi. Doa dan zikir yang tidak pernah putus-putus dari bibir mereka mengingati akan kebesaran ALLAH.

Ya ALLAH jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa mengingati kehebatan-MU!!! jadikan kami dari golongan yang sabar. amin ya rabbal alamin.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 03 February 2009
1 komen menbina
categories: | edit post

الجامع لأحكام القرآن للإمام القرطبي
Sebuah kitab karangan ulama' silam, Imam Qurtubi rahimahullah. Kitab ini membincangkan tentang tafsiran ayat-ayat hukum yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim. Bagi pelajar-pelajar di dalam bidang agama (syariah islamiyah), kitab ini sangat diperlukan kerana ia membantu memahami maksud tersirat dari ayat-ayat Al-Quran.

Ulama' silam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengarang kitab demi kebaikan generasi akan datang. Antara contoh mereka seperti Al-imam Al-Qurtubi sangat berjasa dalam bidang penafsiran ayat-ayat berkaitan hukum hakam agama sehingga beliau mampu menghasilkan kitab ini. Semoga ALLAH merahmati Al-imam kerana jasanya kepada kita generasi kini.

Sahabat pembaca yang budiman, saya ingin menimbulkan persoalan supaya kita sama-sama berfikir dan mendapat manfaat. Berapa banyak masa kita luangkan untuk membaca kitab-kitab karangan ulama' ? Mereka (ulama') menulis dengan penuh ikhlas kepada ALLAH s.a.w tanpa mengira upah atas penat lelah untuk menghasilkan karangan-karangan yang cukup bermutu. Malang sekali, generasi kini (termasuklah penulis) tidak menghargai usaha murni mereka. Kitab-kitab hanya dibiarkan berabuk di atas rak buku, tanpa disentuh dan dibaca, apatah lagi untuk jadikan sebagai teman rapat.

kenali ulama' , cintai ulama' , hargai karangan ulama' , moga kita dapat bersama-sama mereka mendapat redha ALLAH s.w.t ameen

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 22 January 2009
0 komen menbina
categories: | edit post

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari