2 januari 2010 genap setahun blog ini tercipta. Seingat saya lagi ketika pertama kali menulis "post" yang pertama, saya bercita-cita untuk menjadikan blog ini sebagai satu medan paparan kajian ilmiyah saya dan seterusnya berdakwah kepada para pembaca. Saya masih belum mencapai objektif saya lagi, banyak lagi lompang2 yang perlu diisi dengan dengan bahan-bahan ilmiyah.

Kini saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Kaherah, Mesir di peringkat Master dalam bidang syariah islamiyah. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjalankan kajian2 dalam isu-isu semasa dan lapangan ilmu yang cukup luas.

Doakan blog ini terus "hidup" menjadi salah satu medium sebaran ilmu dan dakwah untuk semua pembaca budiman.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 05 January 2010


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kami ucapkan pada ALLAH yang memudahkan segala urusan perkahwinan. Saya dan isteri telah diijab kabulkan pada 20 disember 2009 bersamaan 3 muharram 1431 h.

Tidak akan sekali-kali saya melupakan jasa semua orang yang bertungkus lumus membantu untuk menjayakan majlis perkahwinan tersebut. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa anda semua.

Buat ayah(hj mohd tharin), mama (hjh normala), abah(hj nordin) dan mak(hjh ramlah) empat orang yang paling banyak berkorban dan orang penting dalam majlis perkahwinan kami.

Saya sentiasa mendoakan semoga sentiasa diberi kesihatan untuk terus beribadat, ketenangan hati dan keberkatan hidup di dunia ini.

Buat abg long (mohd daud), kak jah(kak ipar) dan syamil, terima kasih sangat2 di atas kesudiaan menerima tetamu selama sebulan di rumah. Mintak maaf salah silap kalo terkasar bahasa atau kurang adab. Memang rindu dengan syamil, kalo boleh nak datang selalu.

Seterusnya kepada semua adik beradik yang bersusah payah datang dari jauh semata-mata untuk meraikan majlis saya dan isteri. Deq noi (kak nor azizah), siti rokiah (paling busy), dolah (musafir kelana), ismail (budak pmr). Saya harap anda semua dapat terima kak ipar dengan hati terbuka, terima lah seadanya. "kelebihan disyukuri, kekurangan dihargai"

Begitu juga dengan abang dan kak ipar saya, abg iwan dan kak long (datang dari jauh, negeri selatan negeri johor), abg fiza dan kak ngah (lagi jauh tercampak ke utara, penang mari). Kita baru berkenalan sekejap, harap2nya lepas ni boleh bertemu lagi, untuk rapatkan hubungan.

Seterusnya kepada pakcik, dan makcik sedara, pak long amin dan mak long zahrah, pak lang dan mak lang, pak uda dan mak uda, pak andak dan mak andak, pak anjang dan mak anjang, pak itam dan mak itam, pak teh dan mak teh, pak cik dan mak cik dan yang terakhir pak usu dan mak su. Sepupu sepapat, saya pun hampir tak kenal masing2 dah banyk berubah,, abg emi dan isteri, abg muazam, kamarul, dan yang lain-lain. Maaf tak dapat nak sapa semua sekali, terima kasih kerana ingat pada saya. Walaupun saya agak jauh dari keluarga, saya jarang balik bercuti, maklum la dok jauh di perantauan....

Saya sangat2 terharu kerana semua pak2 sedara dan mak2 sedara saya bersusah payah untuk hadir ke majlis saya. Kesibukan hidup sekarang dengan pelbagai agenda harian, namun mereka masih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan majlis saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan untuk semua.

Seterusnya, kepada semua saudara-mara sebelah fitri, saya masih baru dalam keluarga anda, terima lah saya dengan seadanya. Saya budak baru belajar, masih mentah dalam mengenal kehidupan. Buat pak long ramli, pak lang ramlan, mak cik ruziah, pak tam, pak teh, pak andah, mak cu (pak sedara belah mak).



Alhamdulillah pada 2 dan 3 jan 2010 saya berkesempatan pergi "menyombah" keluarga2 dan sanak sedara belah isteri saya di batu kikir kuala pilah. Istilah tersebut membawa maksud yang sangat besar, peluang kepada pengantin baru untuk berkenalan dengan semua ahli keluarga samada sebelah lelaki atau sebelah perempuan. Zaman sekarang ada istilah yang lebih mudah lagi, iaitu "tour de family", saya dan isteri akan cuba meluangkan hujung minggu untuk menziarahi sanak saudara samada jauh atau dekat.

Tahun baru ma'al hijrah dan masihi, saya juga akan mulakan hidup baru bersama isteri. Pastinya berbeza dengan zaman bujang saya dahulu, kini sudah bergelar suami, menantu, tak lama lagi abah. Semakin banyak pangkat, semakin banyak tanggungjawab dan amanah yang akan saya pikul.

Perkahwinan bukan semudah yang difikirkan, pasti banyak ranjau dan cabaran yang akan dihadapi. Buat isteriku tersayang, "kita akan bersama-sama menempuh cabaran hidup dan berusaha membina sebuah keluarga islam yang bahagia di dunia dan akhirat"

wasalam...

uia
5 januari 2010
10:39am

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 04 January 2010




salam kepada para sahabat yang mengenali diri ini, saya dengan rasa berbesar hati untuk menjemput semua sahabat ke majlis perkahwinan saya sepertimana yang tertera pada kad jemputan di atas.

tarikh 20 disember 2009
masa 11 pagi hingga 4 ptg
tempat 33 jalan tangguk 19/36, seksyen 19, 40300, shah alam, selangor

sekian terima kasih

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 12 December 2009
1 komen menbina
categories: | edit post


saya tidak dpt mengikuti isu secara detail, tetapi hangt diperkatakan oleh para blogger mesir...

apa yang difahamkan, isu tersebut turut menjadi bahan percakapan oleh ahli2 parlimen...

bagi mereka yang lakukan kesalahan,,, hidup mereka pasti akan gundh gelana... walaupun mendapat habuan dunia yang bersadur rantai2 api neraka...

selamat bergembira menerima azab ALLAH nanti, tidak di dunia di akhirat nanti,

cakap belit2, pusing sana, pusing sini, nanti kene potong lidah kat akhirat.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 21 November 2009
0 komen menbina
categories: | edit post


mencari kehidupan di celah-celah kota..

salam dari malaysia

baru sampai malaysia seminggu...

november
14 - klia
15 - nilai
16 - alor gajah melaka
17 - ampang
18 - shah alam
19 - putrajaya, wangsamaju
20 - kuala selangor, klang, jeram
21,22 - shah alam
23- putrajaya, kajang, batu tiga
24- shah alam
25 - kuala selangor
26,27 - alor gajah melaka
28 - batu kikir

huh jadual cukup padat...
kemana lagi destinasi aku lepas ni.....


dalam urusan untuk perkahwinan bulan depan

harap kawan2 dapat doakan agar dimudahkan..

tq

abdrahman
ampang
21 nov 09 11.53 mlm

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on
0 komen menbina
categories: | edit post


janji taat setia untuk membantu islam

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 09 November 2009
1 komen menbina
categories: | edit post

http://itspengfucker.blogspot.com/

saya link kepada para pendakwah untuk selamatkan sahabt kita ini.
moga ALLAH mengekalkan hidayah dalam diri kita dan memberi hidayah pada mereka..

amin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 November 2009


lagu untuk ibu...

sayangi ibu anda....

ketika daku mendengarkan alunan lagu ini, sayu hatiku mengenangkan mu, moga ALLAH menyelamatkan mu di sana, sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohmu ibuku sayang

noriah bte seman bte sulaiman... telah menemui cinta agung, cinta ILAHI pada 5 jan 2006.
terkahir aku menatap wajahnya di KLIA 14 september 2004.... aku tidak mungkin lagi berjumpa dengannya di dunia ini.

moga ALLAH satukan kita bersama di syurga-NYA nanti amin......

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 06 November 2009
0 komen menbina
categories: | edit post


TOLONG BACA SEMUA ARTIKEL YANG SAYA DAPAT NI......

SAYA INGIN BERJUMPA KEDUA-DUA PROFESOR INI

PROFESOR JAMIL DAN PROFESOR HASAN BASRI!!!!

Re: [kolejislam] hari ini dalam sejarah lawak antarabangsa (skip jika tak relevan)

Monday, November 2, 2009 1:12 PM

From:

"hasbri@um.edu.my"

Add sender to Contacts

To:

kolejislam@yahoogroups.com

Salam semua,

ingatan ana kepad alkisan

ingatan ana kepad alkisan apabila membaca tulisan bloggers dari mesir

ni, banyak yang ditulis itu adalah penyelewengan fakta, fitnah,

mengada-ngadakan cerita, membawa cerita, membesarkan cerita, walaupun

tidak dinafikan ada juga yang benar.

Contohnya, isu kain banner yang dilaporkan dicuri oleh pekerja Arab

MSD adalah rekaan, manipulasi, membesarkan dan mengada-adakan cerita.

MSD amat jelas bahawa mereka TIDAK mencuri. bgmana mencuri kerana ia

dilakukan disiang hari, ala ma in minan nas, di hadapan orang ramai,

mencrurikah itu?

kain rentang atau banner itu dipasang di kawasan rumah negeri di mana

ia tertakluk di bawah MSD, takkan mencuri namanya, menurunkan sesuatu

dari kawasannya sendiri.

kemudian dikatakan staff MSD ditahan polis bersama kereta rasmi MSD,

iaitu dgn plet DIPLOMATIK. pelajar2 ni yang bercerita dan yang

mendengar cerita bebal undang2 antarabangsa, polis TIDAK boleh tahan

kereta Diplomat, apalagi nak sentuh atau membawa ke lokap staff MSD.

Yg polis tahan ialah pelajar yang menahan staff MSD itu. dan

alhamdulillah, dgn budi baik pengarah msd, pelajar tersebut

dilepaskan oleh polis!! kan lawak tu, mereka kena tahan, mereka

cerita sebaliknya. ana ada malam tu masa mereka syok bercerita,

kemudian ana bertanya pd mereka, betul ke polis tahan kereta pengarah

MSD? YB Saifudiin Nasation dan Dr Badrul Amin pun tahu pelajar2 tu

buat cerita (kecualilah mereka bebal juga). Mujur DSAI dah tak ada

masa tu, kalau tidak DSAI pun nak digoreng oleh pelajar2 ni!!

so alkisan kena meneliti berita yang dibawa. Ini bukan bermakna ana

setuju dgn tindakan MSD menurunkan kain banner itu. Bagi ana

pendekatan terbaik bukan pergi menurunkan kain rentang itu, tapi

bermesyuarah dan berbincang, pelajar2 ni anak2 dn adik2 kita,

yakinkan kepada mereka bahwa menaikkan kain rentang itu TIDAK BERADAB

dan TIDAK MANIS kerana DSAI dan rombongan dtg malam itu.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 04 November 2009
1 komen menbina
categories: | edit post


Saya tidak mahu ulas panjang berkaitan perbuatan "kurang cerdik" oleh pihak tersebut. Apa kesudahan jika kita terus melayan mereka itu semua.

Terbaru pada hari ini, saya mendapat makluman bahawa, dalam program Majlis Anugerah Kecemerlangan BKAN negeri 9 di ARMA, beliau memaklumkan kelewatan beliau hadir ke majlis tersebut kerana menyelamatkan pelajar yang ditahan oleh pihak keselamatan Mesir kerana membuat rusuhan.

Anda mengubah fakta semata-mata nak jaga nama?
Sebenarnya anda telah memburukan nama yang "cantik".
Namanya "cantik" tetapi perangai kurang "cantik".

6000 orang penuntut mesir (mungkin lebih) sudah tahu tentang perangai mereka itu, malah sangat mengenali peribadi "orang itu". Jelas sekali dengan penilaian manusia yang waras bahawa kesalahan "mereka" terlalu berat.

Wahai "mereka" sedarlah, setiap hari orang marah kepada anda semua. Setiap hari orang akan mengutuk telatah kamu yang "childish". Berebut dengan budak-budak 1) nak nama 2) nak kain rentang 3) main "polis-entri" (permainan budak-budak, kejar perompak) 4) main tipu-tipu dsb.

Wahai "mereka" jika anda menyakiti hati seorang sahaja orang islam, itu sudah cukup menjadikan bebanan dosa anda bertambah-tambah. Adakah anda bersedia tanggung DOSA kerana menyakiti hati 6000 @ 7000 mahasiswa yang ingin menadah kitab dengan para masyaikh.

Wahai "mereka" perbetulkan perbuatan dan perancangan anda bersesuaian dengan taraf dan kemuliaan yang anda telah capai.

Saya merasa simpati melihat "anda" yang tersepit dan menanggung beban perancangan mereka yang berada di langit biru.

Pada pendapat saya, tidak perlu lagi kita panjangkan perkara ini dan selesaikan dengan baik. Siapa yang buat salah, tolong minta maaf kepada mereka yang dizalimi.

Saya tidak suka layan "orang kurang cerdik" kerana akan menjadikan saya juga "kurang cerdik".

-kepada mereka yang bersama PMRAM, mari kita terus bersama PMRAM "MENJULANG THAQAFAH"

Saya berasa bangga, bahawa PMRAM jelas dengan pembawakan mereka, Program Kutub Sittah ini adalah permulaan kegemilangan PMRAM menjulang thaqafah, saya lebih gemar menamakan program tersebut "GRAND TALAQI"

Saya juga ingin bersama membantu dalam menggilap thaqafah ahli PMRAM, saya kini dalam proses mendaftarkan diri ke Kuliah Darul Ulum, Universiti Kaherah dengan biasiswa ZAKAT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR DARUL EHSAN. Proses pembelajaran Master di Darul Ulum lebih berbentuk kepada research dan kajian ilmiyah. Semoga ilmu yang saya dapati dari Darul Ulum boleh dikongsikan bersama para sahabat sekalian satu masa nanti.

Seingat saya pada awal tahun ini, Manhal telah mengajurkan bengkel penulisan ilmiyah, akan tetapi sayangnya, program tersebut telah terhenti di setakat itu sahaja. Saya amat berharap kepada mereka yang terlibat dapat memikirkan cara terbaik untuk meneruskan program tersebut sehingga menghasilkan kajian-kajian ilmiyah terhadap isu-isu semasa.

sekian

abdrahman mohdtharin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 02 November 2009

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari