Macam-macam kita dengar selepas selesai sudah muktamar. Ada pihak yang mahu mempertahankan PMRAM ada juga pihak yang berasa tidak puas hati dengan ketuanan PMRAM di Mesir ini.
Saya harap kepada pihak yang menulis dan memfitnah PMRAM agar dapat memberhentikan usaha jahat anda itu.
Ya ALLAH kami bermunajat kepada-MU agar menyelamatkan persatuan kami ini!!!
Saya sekadar ahli biasa sahaja yang mengenali PMRAM ini sejak 2004. Sepanjang pemerhatian saya, PMRAM adalah sebuah persatuan mahasiswa yang hebat. Pemimpin-pemimpin PMRAM juga adalah orang yang hebat dari sudut kepimpinan dan akademik.
Macam mana boleh ada segolongan manusia melihat PMRAM adalah sebuah agen pembangkang.
Sedarlah wahai sahabat. Janganlah menjadi orang yang suka mencari keburukan dalam kebaikan orang lain. Suka memburuk-burukkan orang lain dengan tuduhan yang tidak berasas.
(seperti khinzir yang mencari najis dan benda yng kotor dalam sebuah taman yang cantik)
sebuah perisian yang sangat menguja perasaan penuntut ilmu islam,, tapi harga mahal sangat. (aku sendiri tak mampu nak beli)
tapi demi kebaikan dan masa hadapan yang lebih cerah, kene beli dan gunakan.
beli jgn tk beli.
komen ust hairul nizam mat husin terhadap jamik kabir di blognya jom sama2 baca dan ambil manfaat dpd perisian ini.
Muktamar sanawi PMRAM kali ke-76 dapat berjalan lancar dan dengan jayanya. Hampir 600 orang perwakilan dan pemerhati dari kalangan ahli dan bukan ahli yang hadir. Semua yang hadir dengan hasrat untuk menguatkan lagi PMRAM dan menjadikan PMRAM satu-satunya wadah mahasiswa melayu yang berada di bumi mesir ini.
Perwakilan dari Selangor seramai 20 orang yang diketuai oleh Ustaz Azwan Sarjidin telah sampai ke tempat muktamar seawal jam 7.20 pagi. Walaupun kami tidak memenangi kategori perwakilan terbaik pada muktamar kali ini, namun kehadiran dari ahli-ahli BKASM menunjukkan kesungguhan kami bersama PMRAM.
Semangat "KITA PMRAM" perlu ditanam kepada semua ahli yang berada di bumi Mesir ini.
Wanita pejuang Islam pada zaman dakwah Rasulullah SAW merupakan suri tauladan.
Antaranya adalah:
1) Sumayyah bintu Khoiyat
Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan“صبران ال يسير“ yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.
2) Asma bintu Abu Bakar
Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.
3) Ummu ‘Amarah
Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.
4) Rufaidah Islamiyah
Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.
5) Ummu Salamah
Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.
6) Khansak
Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.
Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT.Kami wanita Palestin pula menerima tarbiyah langsung daripada Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.Memetik kalam beliau,
“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”
*minta izin dpd penulis untuk saya siarkan tulisan ini di blog ini..
Sengaja saya tulis perkara ini sekadar peringatan buat semua dan kongsi pengalaman dengan sahabat lain. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun lepas (2008), saya telah menduduki peperiksaan tasfiah (repeat paper) pada bulan september. Tanpa pemberitahuan dari pihak bertanggungjawab secara tiba-tiba muqoror Al-Quran telah bertukar. (tapi aku rilek je jawab masa tu, tulis apa yang sudah dihafal bukan apa yang diminta oleh soklan. "gua selamba")
Pada kebiasaannya soalan peperiksaan akan berkisar muqoror yang biasa. Mungkin pada tahun lepas, Al-azhar nak buat kejutan yang memang sama sekali mengejutkan semua pelajar-pelajar yang malas (macam aku , padan muke aku).
Pasrah sahaja bila saya lihat keputusan tahun lepas. Rakan-rakan ajak masuk konvo anjuran PMRAM, tapi saya tolak dengan hormat, sebab saya tahu kemampuan saya ketika menjawab peperiksaan tersebut.
Peperiksaan fasa 2 akan menjelma tak lama lagi, segala persiapan mesti dibuat daripada sekarang. Sekurang-kurangnya sehari saya mesti peruntukan satu jam untuk ulang hafalan. Tapi ini tak cukup. (aku tak nak mengulang lagi)
Walaupun perubahan muqoror tersebut sudah diberitahu oleh pihak al-azhar, tetapi langkah berhati-hati perlu diambil. (so habiskan hafal sampai 8 juzu' kalau nk selamat la)
Saya nk ucapkan selamat bermuktamar kepada semua ahli PMRAM. Muktamar sanawi akan berlansung pada 26 MAC 2009 (sama tarikh la dngn persidangan UMNO,,, hehe kebetulan kot) bertempat di Nadi Riyadhi.
InsALLAH saya akan bersama-sama sahabat2 dari perwakilan Selangor akan sertai muktamar ini. Nombor keahlian saya 16818. Seingat saya muktamar tahun lepas hanya beberapa "ketul" sahaja yang jadi perwakilan Selangor. Tapi tahun ni sampai tak muat kouta perwakilan (betul ke? aku pun tak pasti)...
Papehal pun kita sama2 datang meramaikan muktamar ni dan bagi sokongan padu pada PMRAM.
Presiden baru akan naik (ustaz Abdul mui'z bin muhammad). Semoga thabat dalam perjuangan.
datang jangan tak datang, nnti bole tgok promosi Jamik Kabir,,,(aku bukak meja jugak, cari peluang keemasan untuk meniaga,, maklumlah tak dapat bantuan umum kene usaha lebih la untuk sara diri)
*gmbr iklan muktmr tu dpd web pmram,, mtk izin publish kat sini, nk promosi supaya ramai turun
saudara!
seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau siram pusaraku dengan air matamu,
maka di atas tulang-tulangku,
yang hancur luluh,
nyalakanlah obor buat ummat ini,
dan....
teruskan perjalanan ke gerbang jaya,
saudara!
kematianku adalah satu perjalanan,
mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku,
burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
bahagialah hidupku di alam abadi,
saudara!
puaka kegelapan pasti akan hancur,
dan alam ini akan disinari fajar lagi,
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
janganlah gentar berkelana di alam abadi,
nun di sana fajar sedang memancar....
(baris kata-kata di atas ditulis beberapa ketika sebelum beliau menemui SYAHID)
saya yakin kita masih belum mampu jadi macam depa tu (sayyid qutub) jauh lagi perjalanan perjuangan kita,,, depa dah sampai syurga, seronoknya.. yang the latest HJ KHIR walupun aku tk kenal betul tapi dngr cerita kawan2 dia meninggal dalam keadaan berwudhuk, sehari sebelum tu siap bole jadi pengurusi ceramah mat sabu.
so,, jom la kita sama2 belajar jadi macam depa semua.... kita cari ilmu tapi jngn lupa berjuang untuk pertahankan ilmu yang kita belajar...
takbir ALLAHUAKBAR!!!
(takbir je jngn takbur)
hahaha :)
surah al-baqarah...
kitab karangan seorang ulama' haraki... Sa'id Qutub...
dari kitab cetakan darul syuruq.. halaman 27.
1. Surah Al-Baqarah merupakan diantara surah yang terawal diturunkan kepada Baginda s..a.w selepas hijrah.
2. Surah ini juga merupakan surah yng terpanjang dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim.
3. Namun begitu, terdapat juga sebahagian dari ayat surah ini yang turun lewat kerana bersandarkan perkara yang telah berlaku. contohnya ayat berkaitan riba' yang terdapat pada akhir surah Al-Baqarah ini.
Dalam ilmu Ulum Al-Quran ada membincangkan tentang bagaimana penyusunan surah dan ayat Al-Quran mengikut tertib yang ada sekarang. Perkara tersebut adalah dari wahyu dan petunjuk ALLAH s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w akan membaca Al-Quran kepada Jibril a.s pada bulan ramadhan. Nabi s.a.w bertadarus bersama Jibril dan membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut mengikut tertib dan susunan yang telah diilhamkan kepada baginda.
Perkara tersebut merupakan salah satu kehebatan Al-Quran yang terbentuk dalam keadaan yang tersusun rapi. Orang beriman yang membaca dan memerhatikan ayat-ayat Al-Quran ini akan mendapat faedah yang sangat banyak samada dalam kehidupan dunia ini mahupun dikahirat kelak.
Surah Al-Baqarah ini juga mengandungi banyak tajuk perbincangan ilmu-ilmu Islam samada hukum hakam, sejarah ummat terdahulu, dan sebagainya. Fokus yang lebih utama diberikan kepada 2 topik besar, iaitu perihal keadaan kaum bani Israiel yang degil untuk meneriama dakwah islamiyah dan juga berkaitan gerakan dakwah Nabi s.a.w dan kumpulan-kumpulan yang bersama baginda untuk menegakkan Islam.
Pada awal surah ini juga Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita tentang 3 keadaan manusia, iaitu orang beriman, orang yang ingkar dan orang munafiq (berpura-pura beriman pada zahirnya tetapi memusuhi islam). Cuba kita baca ayat-ayat tersebut dan membandingkan diri kita, di manakah kita berada?
Orang yahudi sangat bijak untuk mengambil kesempatan kepada orang lain, mereka cuba bekerjasama dengan golongan kafir dan juga golongan munafiq dengan tujuan untuk menjatuhkan ISLAM. Realiti ini benar-benar berlaku dalam dunia hari ini. Al-Quran telah menceritakn semua kepada kita, hanya kelemahan dan kelalaian kita menyebabkan kita tidak berwaspada terhadap golongan-golongan seperti ini.
Sikap dan tindakan golongan yahudi yang telah membantah nabi Musa a.s dan tidak mahu bekerjasama bersama baginda demi mempertahankan aqidah membuktikan kedegilan gologan ini.
Maka ALLAH telah menggantikan urusan dakwah dan membangunkan islam ini kepada golongan yang benar-benar bersedia berkorban segala jiwa raga mereka
Disisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.
Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia.
Allah s.w.t telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia. Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah swt akan menempa azab dariNya.buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat