KUALA LUMPUR 10 Jun — Perjuangan baru Pas untuk memperjuangkan ‘negara berkebajikan’ membuktikan kejayaan sekutunya, DAP menukar hala tuju perjuangan asal parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO berkata, Pas seharusnya konsisten dalam perjuangannya tanpa mengikut telunjuk sekutunya.

"Dalam perjuangan mesti istiqamah dan harus ada konsisten, tetapi Pas pun tidak konsisten, dahulu lain, sekarang lain.

"PKR, parti caca marba dan DAP saya hairan muktamar Pas pemimpin baru naik tetapi DAP yang menang,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama penduduk dan program tinjauan mesranya di sekitar kawasan perumahan AU5 Lembah Keramat, Hulu Kelang di sini, hari ini. —

sumber :Bernama

10/06/2011 8:46pm

KOMEN SAYA:
apa la bangang sangat PM ni... negara kebajikan tu negara islam la...
yang aku tk tahan siap guan kalimah "استقامة" dalam perjuangan tu...
UMNO mmng istiqamah dalam kejahilan...
dulu kini dan selamanya..

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 11 June 2011
categories: edit post

1 Responses to DAP berjaya tukar hala tuju Pas - PM

  1. Anonymous Says:
  2. ILMUWAN hadis dan tafsir dari Cordoba, Sepanyol, Imam Abu Abdullah Al-Qurtubi, berkata menjadi tanggungjawab pendakwah memberikan nasihat kepada saudaranya dengan cara penuh bijaksana, lemah lembut dan menggunakan strategi.

    Oleh itu, pendakwah perlu menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur serta memberi nasihat supaya orang yang ditegur tidak merasa malu atau melarikan diri sehingga menggagalkan matlamat dakwah. Komunikasi lisan yang berhemat ini turut dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
    Kesantunan dalam berbahasa akan memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan dianggap sebagai seorang berbudi bahasa. Kaedah psikologi dakwah adalah metodologi terbaik dalam usaha mendekati, memahami, menyampaikan dan mengendalikan tingkah laku manusia.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing.” (Hadis riwayat Muslim)
    Maksud tersirat ialah budaya menegur amalan baik dan praktikal tetapi mesti dilakukan secara lembut, penuh kebijaksanaan dan bijak membaca suasana persekitaran dengan mengambil kira keadaan serta kedudukan masyarakat itu sendiri.

    Setiap individu mempunyai perbezaan cara berfikir, mengeluarkan pendapat dan memberi pandangan dalam menangani pelbagai isu. Perbezaan ini akan mencambahkan ilmu yang membantu menghadapi cabaran kehidupan.

    Ada tiga perkara asas yang menjadi garis panduan dalam memberi teguran kepada seseorang. Tujuannya untuk mempertahankan ukhuwah supaya tidak menjadi musuh.

    Pertama, teguran tidak menghina dan menjatuhkan maruahnya, keduanya mencari masa dan ruang bersesuaian serta ketiga, memahami kedudukan orang ditegur dalam konteks kelapangan, keselesaan serta bebas tekanan emosi.

    Apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan dihitung oleh Allah. Perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan mampu mengundang ucapan penghargaan atau menjurus ke arah permusuhan.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125)

    Namun, sejak kebelakangan ini semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan itu mempunyai kebenarannya.

    Baginda Rasul didatangi seorang lelaki yang meminta izin untuk melakukan zina.
    Rasulullah dengan berhikmah bertanya lelaki itu: “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu? Jawab lelaki itu: Aku tidak menyukainya ya Rasulullah. Lalu baginda berkata dengan lembut: Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita dalam kalangan kerabat mereka.”

    Itulah pendekatan ditunjukkan Rasulullah SAW untuk dicontohi. Persoalannya, mengapa kita ketepikan cara yang ditunjukkan Baginda. Pendekatan itu bukan terhad kepada orang Islam, juga bukan Islam.

    Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun berkata lembut kepada Firaun seperti firman-Nya yang bermaksud: “Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Thaha, ayat 44)

    Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan nabi bercakap lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Islam tidak suka kita bercakap atau berhujah semata-mata mengikut perasaan terpendam.

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari