Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas


Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.


Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan. Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam. Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah. Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.



"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. "(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.
Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi. "Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak. "Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya. Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula kebalai berkenaan pada 14 November depan.


*Mahasiswa universiti tempatan sudah berani bangkit menyuarakan hasrat untuk bersama-sama kepimpinan yang adil dan telus.
*Malang sekali mahasiswa AL-AZHAR yang belajar ISLAM, masih ragu-ragu demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


ihsan artikel dan gambar dari malaysiakini.com


Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 31 October 2010
1 komen menbina
categories: | edit post


carta oeganisasi BKASM

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan BKASM bagi sesi ini. Amanah bukan satu perkara yang ringan. Amanah sangat berat untuk dilaksanakan.

Taklif bukan Tashrif.

Selamat Maju Jaya.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


Saya selaku warga Malaysia yang berada di Bumi Mesir, mengucapkan "ahlan wa sahlan wa marhaban bikum" kepada Tuan Yang Terutama Dato' Duta ke bumi Mesir. Semoga kehadiran beliau menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk lebih tekun berusaha mencapai kecemerlangan.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 30 October 2010

KAHERAH, 25 Oktober – Keputusan Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Universiti al-Azhar bagi sesi pengajian 2010/2011 telah pun dikeluarkan oleh pihak Universiti al-Azhar secara rasminya hari ini selepas semakan untuk kali kedua dilakukan atas permintaan pelbagai pihak. Namun keputusan tersebut tidak banyak berlaku perubahan sebagaimana sebelum daripada ini.


“Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari i
ni sempat membuat analisa penuh keputusan tersebut. Dan apa yang mengejutkan kita pada hari ini ialah bilangan pelajar yang lulus hanyalah 307 orang (41.43%) berbanding jumlah yang gagal iaitu seramai 350 orang (47.23%) daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan itu seramai 741 orang. Jumlah tersebut tidak melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar ”.ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Dan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar tahun lepas ternyata keputusan pada tahun ini sangat merosot. Pada tahun lepas hanya 5 orang pelajar sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut “.

Namun begitu kita mengharapkan agar semua pelajar dapat menerima keputusan tersebut dan terus berada
di sini kerana peluang untuk menuntut ilmu masih lagi terbuka luas “, tambah beliau lagi.

Berikut merupakan keputusan penuh yang dikeluarkan di peringkat PMRAM sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

ihsan artikel dari web HEWI PMRAM.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 29 October 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Tahniah kepada PMRAM kerana berjaya menganjurkan program ini. Semoga ALLAH memelihara kesatuan anak-anak Melayu di bawah naungan PMRAM.


Salah seorang dari masyaikh yang membaca kitab bukhari adalah doktor rif'at fauzi. Beliau merupakan guru saya di darul ulum dalam bidang hadith dan tahqiq nusus.

Bagi mereka yang berkesempatan untuk solat subuh di masjid "nuhibbu Rasulallah s.a.w" yang berada berdekatan di rumah beliau, boleh sama-sama mendengar bacaan hadith riyadus solihin.



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari