profesor jamil bersama pimpinan ISMA mesir


"Terima kasih banyak2 prof!!" inilah ucapan yang saya sempat ungkapkan kepada profesor jamil selepas berjumpa beliau di balai polis hayyu sadis, madinah nasr.

Saya secara peribadi berasa bangga dengan beliau kerana BERANI tampil ke balai polis untuk menyelamatkan anak-anak buah beliau yang tersangkut di balai tersebut.

Tahniah juga kepada beliau kerana MENDIDIK dan MENTARBIYAH orang yang mampu bertindak CEKAP untuk melaksanakan seluruh perintah beliau samada suka atau tidak iaitu driver beliau sendiri dan 2 orang arab upahan beliau walaupun dengan bayaran yang sedikit sahaja.

Perisitiwa pada petang 29 oktober 2009 telah tersebar di telinga-telinga mahasiswa di mesir ini. Kejadian tersebut telah mengejutkan semua orang yang hadir ke program ramah mesra bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di dataran hayyu asyir.

Ketika semua orang sedang sibuk menuju ke surau dan masjid untuk tunaikan perintah ALLAH yang besar (solat maghrib) terdapat 3 orang anak-anak DIDIK prof jamil yang menunggu di satu sudut berdekatan tempat kain rentang DESAK digantung. Saya melintasi mereka sambil bertanya kepada diri sendiri "apa kepentingan orang safarah datang pada petang ni, kerana pada malam tersebut adalah program bersama ketua pembangkang????" saya bengong bila fikirkan.

Selang 2 minit, saya pandang semula ke tempat tersebut dan mendapati mereka telah melarikan kain rentang DESAK dan seterusnya menaiki kereta safarah. Sungguh CEKAP sekali mereka menambah dosa mereka terhadap pelajar.

Apa yang berlaku seterusnya?...

Kereta tersebut telah berjaya ditahan di simpang shabrawi, hayyu sabi' oleh beberapa individu yang prihatin terhadap perkara tersebut. Polis yang mengendalikan insiden tersebut pelik, bagaimana kereta safarah MALAYSIA ditahan oleh orang MALAYSIA sendiri dan dituduh mengambil barang kepunyaan Persatuan pelajar. Pakcik polis pun pening.

Hampir 10 minit berkumpul di simpang tersebut, inspektor polis berpangkat tinggi datang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Macam-macam tuduhan dilemparkan oleh anak didik prof jamil terhadap persatuan pelajar kerana menulis perkataan-perkataan keji mengutuk dan memburukkan kedutaan MALAYSIA. Tetapi apabila inspektor tersebut meminta untuk menunjukkan kain rentang tersbut, hanya terdapat tandatangan dan nama pelajar-pelajar yang bersama DESAK.

Aduh malunya beliau ketika itu!!! polis hanya sengih sahaja melihat beliau yang bersungguh-sungguh meyakinkan polis terhadap tuduhan yang tak berasas tu.

Inspektor mengarahkan semua yang terlibat untuk pergi ke balai polis berdekatan untuk urusan seterusnya. Sebaik sahaja sampai di balai polis tersebut, kami dapati kereta safarah tadi tiada, kami kecewa kemungkinan beliau telah melarikan diri. Ya ALLAH!!!

Kami menunggu sahaja arahan dari pihak keselamatan untuk selesaikan perkara tersebut. Tiba-tiba hero malaya (prof jamil) muncul dengan BERANI untuk menyelamatkan anak didik beliau yang tersadai di balai polis tersebut. Beliau cuba untuk berbicara dengan inspektor tersebut dengan mengemukan tuduhan yang bukan-bukan, akan tetapi tidak berjaya dan inspektor tersebut menyatakan bahawa persatuan ini dibawah kementerian kemasyarakatan dan beliau tidak ada sebarang kuasa untuk membuat apa-apa tindakan.

Saya yang berdiri betul-betul bersebelahan dengan prof jamil memerhatikan apa sahaja gerak geri dan patah perkataan yang dituturkan oleh beliau. Saya amat BERBANGGA dengan beliau kerana tidak ada sejarah di Mesir ini mana-mana profesor yang menjadi pengarah JPMK mampu merancang dan bertindak sehebat beliau ini.

Sekali lagi saya ucapkan TERIMA KASIH PROF JAMIL!!!.

abdrahman mohdtharin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on Saturday, October 31, 2009

Saya tiru tajuk seorang blogger pengecut yang tak berani tampilkan wataknya sebenar. Blogger dari ISMA yang menuduh PMRAM tidak profesional. Kita semua tidak pasti samada blog tersebut pemiliknya adalah wanita atau lelaki. Kalau anda seorang profesional tampilkan diri anda, bertemu dengan pimpinan PMRAM yang ada untuk luahkan segala rasa tidak puas hati dan cadangan-cadangan anda.


gambar blogger pengecut

Saya tidak berminat untuk ulas lebih panjang berkaitan ISMA dan tuduhan peribadi blogger tersebut.

wasalam

abdrahman mohdtharin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on Wednesday, October 28, 2009

Saya seorang yang suka berfikir. Kadang-kadang fikir luar dari lingkungan realistik.. tapi tulisan saya kali ni adalah berkaitan idea yang agak pelik tapi ada kemungkinan boleh bagi manfaat...

Anda nak tahu lebih lanjut.... jom baca lagi kat bawah ni.



Ok, sekarang saya akan ternagkan idea saya yang ingin kongsikan bersama anda semua. Saya cuba fikirkan cara untuk selesaikan masalah gangguan "ringtone" ketika solat.

Zaman canggih sekarang ni, semua orang ada handphone, betul tak?. Masalah timbul dikalangan orang islam yang pergi solat berjemaah dengan membawa handphone mereka dan terlupa untuk menutup atau silent hanphone ketika solat. Pastinya akan mengganggu makmum yang lain untuk solat dengan ringtone yang bermacam-macam jenis versi. Ada yang guna ringtone quran, ada pulak guna lagu yang pelik-pelik, tak lupa jugak bunyi-bunyi binatang. Aduh! pasti akan mengganggu solat anda.

Jika anda sempat berkunjung ke masjid-masjid di mesir ini, banyak peringatan kepada makmum supaya memadamkan handphone masing-masing. Sehingga sampai tahap, terdapat beberapa masjid yang akan mengenakan denda kepada makmum yang tidak mematikan handphone mereka ketika solat.


gambar hiasan

emmm!!!!! saya fikir jika semua masjid buat macam masjid tu... orang jadi malas pulak nak pegi solat..

Apa idea saya????? (terpulang pada anda untuk bersetuju dengan saya atau tidak, ianya sekadar idea dari saya, setakat ini saya belum pernah dengar mana-mana masjid melaksanakan idea yang saya akan terangkan pada anda semua)

Kita cuba reka satu alat yang mampu memutuskan sebarang "connection" dari mana-mana line handphone. Alat tersebut akan dipasang di empat penjuru ruang solat, setiap makmum yang masuk ke kawasan tersebut akan dapati handphone mereka tiada "connection". Maka solat berjemaah dalam ruang solat akan lebih aman tanpa sebarang gangguan ringtone samada makmum tersebut terlupa untuk mematikan hanphonenya atau tidak.

Tambahan lagi, tiada orang yang akan membuat panggilan atau menjawab panggilan dari dalam ruang solat tersebut. Perkara ini bertepatan dengan sunnah nabi yang melarang ummatnya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam masjid kerana sedikit sebanyak akan mengganggu makmum lain untuk beribadah.

hehehe itula idea saya.. amcam orait tak?

jom sama-sama kita fikirkan lagi untuk kebaikan ummat islam, kita gunakan segala kecanggihan yang ada untuk kita hambakan pada ALLAH yang MAHA ESA.

sekian utk idea penulis kali ini

abdrahman mohdtharin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on Tuesday, October 27, 2009

apa dah jadi dengan blog saya ni.... cipta rekod dunia hampir 2 bulan tidak ada satu post di update...
sedangkan terlalu banyak yang isu hendak diulas berdasarkan pandangan peribadi dan dakwah ilmiyah untuk dikongsi kepada semua pembaca budiman.

"saya sibuk"

alasan sahaja... sibuk bukan halangan untuk mengupdate blog ni.. ada orang lebih sibuk dari saya tapi mampu menulis dengan baik di blog masing-masing.

kalo ada blog tapi tak update sebagaimana yang kita sendiri rancang dalam pembawakan blog kita.. "apa barang?" (ayat bdk2 selangor mksudnya ,, tk guna la)

blog tak update ada kemungkinan blogger tu dah mati... samada mati akal atau mati betul2 hihihihi!!!


sekadar gambar hiasan

buat pengetahuan sahabat.. tidak lama lagi saya akan sempurnakan separuh dari agama saya.. melangkah ke alam perkahwinan ..alam yang penuh dengan cabaran,,, tanggungjawab dan peranan adalah perkara yang saya junjung dalam melayari kehidupan di alam tersebut..

sahabat-sahabat sekalian ,, saya harapkan doa dan nasihat untuk terus memperbaiki diri ini..

abdrahman mohdtharin

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

Salam...


ShoutMix chat widget

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari

I LUV ISLAM

iluvislam