pengajian kitab iqaz himam syarah hikam ibn ataillah as-sakandari

إيقاظ الهمم في شرح الحكم ابن عطاء الله السكندري

setiap hari rabu selepas solat maghrib

doktor muhanna

*salah satu dari pengajian tasawuf di masjid al-azhar

*kelas ini akan digantikan dengan sambutan majlis memperingati wali ALLAH syeikh zaki ibrahim selama 3 minggu bermula semalam.

majlis pertama di masjid husin pada 27 mei 2009
majlis kedua di masjid fatah ramsis pada 3 jun 2009
majlis ketiga di masjid asyirah muhammadiyah 10 jun 2009


majlis seperti ini adalah usaha dari para ulama' yang ingin menerapkan ilmu dan budaya yang sihat ke dalam masyarakat. saya rasa majlis-majlis seperti ini agak kurang di malaysia. alangkah bagusnya jika dapat disemarakkan di malaysia, seperti majlis memperingati para ulama' dan wali-wali ALLAH yang sangat berjasa kepada kita semua kerana mengajar kita mengenal ALLAH dan rasul. mungkin wujud di malaysia tetapi amat kurang dan seolah-olah tidak pernah wujud. masyarakat malaysia lebih sayangkan artis dari sayangkan ulama'. semasa sama di malaysia, saya tidak berkesempatan untuk pergi ke majlis-majlis seperti ini.
(maklum la tinggal di kawasan yang jauh dari majlis-majlis agama. kalo ada pun sekali sekala ja.)


majlis seperti ini mesti diteruskan dan di perhebatkan lagi, agar generasi akan datang boleh kenal para ulama' dan wali ALLAH. masa zaman kecik2 ayah selalu bawak kami adik-beradik jalan-jalan, pergi muzium dan tempat2 bersejarah. thnk you ayah!
(bile ayah nak mai mesir? nnti saya bawak jalan2 pulak)

ayah cakap " sejarah tokoh2 terdahulu dan warisan2 dalam muzium kene jaga elok2 supaya generasi akan datng boleh kenal" saya kata "oooo, macam tu ke?"
(mklum la bdak kecik, teringat zaman2 dulu)

alangkah bagusnya sejarah para ulama' dan wali2 ALLAH kita kumpulkan dan jaga elok2. kalo galeri merdeka boleh buat, kenapa galeri atau muzium yang cerita khas tentang ulama' dan perkembangan islam di malaysia tidak di bangunkan? sedangkan fungsi dan jasa mereka semua adalah sama penting.

kerajaan kelantan dan kedah yang sekarang ni diperintah oleh parti PAS boleh buat satu pendekatan seperti ini, sebab di 2 negeri ini sangat terkenal dengan pondok dan ulama'2 yang hebat.

(kalo dah ada bagus la, perhebatkn dan war-war kan, msuk dalm web ke, dalam harakhdaily ke,, apa2 lah yg patut... mngkin juga saya dh lama tk blik msia, tak tau perkembngn msia dengn lbh dekat.)

kebanyakan kawan2 di mesir ni yang berasal dpd 2 negeri ni, dah ada pendedahan awal tentang ilmu dan para ulama'.
(maklum la saya belajr kt selngr, melaka, johor, pondok ada tpi tk bnyk mcm di kedah dn kelantan,, pondk panas, pondok durian, pondok tepon. hahaha)

ini idea saya je, sape2 yg terbaca agak2 boleh realisasikan tak kat msia? teringn gak nk tgok wujud galeri sejarah para ulama' di malaysia.



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 27 May 2009
0 komen menbina
categories: | edit post

hidayah adalah anugerah ALLAH yang paling berharga. tanpa hidayah manusia tidak mampu melakukan kebaikan dan beribadat kepada ALLAH.

bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik hidayah tersebut.

adakah ALLAH s.w.t bersifat zalim kepada hamba-NYA kerana menarik hidayah yang telah diberikan?

sudah tentu tidak, kerana manusia diberi qudrat untuk memilih samada yng baik atau yang buruk.

hidayah lebih bernilai dari wang ringgit dan segala kekayaan di dunia ini, hidayah tidak akan berada di dalam hati-hati yang kotor dengan maksiat.

perbuatan manusia itu sendiri yang menyebabkan hidayah itu hilang. jika masih kekal dengan maksiat dan tidak berusaha menjahuinya. sedikit demi sedikit hidayah akan hilang dari diri manusia itu.

sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat:-

seorang personaliti artis, ustaz, pendakwah.
lihat latar belakang beliau klik sini
sedih bila baca ..klik sini

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 25 May 2009

syukur....

kembali update

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


ada gangguan internet sejak 20 mei 2009, masih dalam usaha baik pulih.


"time dah hbis pekse la pulak buat masalah... sabor je la.."

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 May 2009


medan tempur terakhir

genap seminggu saya biarkan blog saya kekosongan tanpa coretan, tanpa tulisan ilmiyah, saya selesai jalani ujian Al-Quran Al-Karim.

buat sahabat2 dari luar mesir, saya sertakan satu suasana peperiksaan yang menguji semua aspek kekuatan kita, bukan sahaja hafalan kita yang kita jaga bagai "menatang minyak yang penuh" sebelum masuk imtihan.

cuaca yang cukup panas di bawah zing besi lebih menambahkan peluh di kepala. saya terpaksa bertukar tempat demi mencari tempat yang lebih teduh. hampir2 pengsan juga. Ya ALLAH!,, perkara yang saya cukup takut bila panas ialah hidung berdarah. dalam hati ni berdoa, jngan la tetiba buat hal, mati aku.

ya ALLAH permudahkan hamba-MU..

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 19 May 2009

berhenti,


menaip, menulis, update




hafal quran
imtihan



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 10 May 2009
0 komen menbina
categories: | edit post

-gambar sekadar hiasan-

baca selanjutnya kisah FRU pencen. klik di sini
itu kisah FRU di malaysia, kat dunia lagi ALLAH dah tunjuk, tak mati lagi tu,

kalau polis di meisr ni, lagi la.......
tak tau nk cakap.. tangkap ulama' bunuh, rosakkan hidup mereka.

komen saya- insaflah polis. berhenti polis jual tempe lagi mulia

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 May 2009




54. dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah Yang menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Ayat ke 54 dari surah al-baqarah yang menceritakan tentang hal-ehwal bangsa yahudi yang degil dan ingkar terhadap ajaran nabi Musa a.s.

Ketika nabi Musa a.s pergi bermunajat bertemu ALLAH, baginda telah mengarahkan pembantunya nabi Harun a.s untuk menjaga kaum yahudi. Akan tetapi perkara sebaliknya telah berlaku, di mana sebahagian kaum yahudi tersebut telah ingkar dan mensyirikkan ALLAH s.w.t lalu melupakan segala nikmat-nikmat yang pernah dikurniakan oleh ALLAH s.w.t kepada mereka.

Terdapat 10 nikmat yang istimewa yang telah diberikan khusus kepada bangsa tersebut. Sebahagian dari nikmat-nikmat itu ialah :-

1. selamat dari dikejar firaun laknatullah
2. berjaya melintasi laut merah
3. ALLAH s.w.t menerima taubat orang yahudi kerana mereka banyak kesalahan
4. menerima kitab Taurat sebagai petunjuk.
5. bebas dari dosa syirik dengan cara taubat yang khusus.

Cara taubat yang khusus

Kesalahan kaum yahudi terlalu berat kerana mensyirikkan ALLAH s.w.t dan menyembah patung anak lembu yang telah dibuat oleh samiri. Sedangkan mereka menerima begitu banyak nikmat-nikmat yang istimewa dari ALLAH seperti makanan dari syurga berbanding dengan pengikut-pengikut firaun. Oleh demikian ALLAH s.w.t mewahyukan kepada nabi Musa a.s supaya menyuruh kaum yahudi tersebut bertaubat kepada ALLAH.

Cara taubat mereka berbeza kerana dasar pensyariatan @ hukum hakam adalah khusus untuk kaum tersebut sahaja. Orang yang tidak berdosa dan tidak syirik pada ALLAH s.w.t hendaklah membunuh orang yang berdosa tidak kira samada dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri atau orang lain. Maka ALLAH s.w.t telah menurukan awan gelap yang telah menutupi pandangan mata mereka supaya melaksanakan perintah tersebut tanpa mengira samada dari ahli keluarga atau bukan. Maka berlakulah pembunuhan tersebut bermula dari awal pagi sehingga tengahari dan mengorbankan 70,000 nyawa mereka yang berdosa. ALLAH s.w.t menerima taubat mereka dan dosa-dosa mereka telah diampunkan. Semua yang terkorban itu telah dikurniakan kehidupan yang baru di dalam kubur mereka dan mendapat nikmat dari dari ALLAH s.w.t

Rujukan :
1. tafsir munir fi aqidah wa syariah wa manhaj. Dr Wahbah Al-Zuhaili. m.s 176 /j. 1 cetakan darul fikr.
2. tafsir sayyid qutb, Sayyid Qutub, m.s 64/ j. 1 cetakan darul syuruq

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


TQ PMRAM.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 06 May 2009

Coretan di pagi hari, saya mahu membakar lagi semangat untuk tempuhi imtihan tidak lama lagi. (mungkin bakar dengan arang atau campak dalam api terus) Doa dari keluarga yang tersayang dan sahabat seperjuangan sangat diharapkan sebagai pengiring dan penguat usaha saya yang sekelumit cuma. Ingin saya kongsi bersama para sahabat yang budiman, sedikit ilmu dan semangat motivasi untuk sama-sama kita manfaatkan di musim-musim peperiksaan ini. (khusus untuk sahabat-sahabat dari mesir.)

Sebuah buku motivasi karangan Dr.Danial Zainal Abidin, yang berjudul 7 Formula Individu Cemerlang telah memberikan saya satu kesedaran dan semangat untuk terus berusaha. Peperiksaan adalah satu perkara yang sangat penting bagi seluruh pelajar. Sebahagian akan gembira apabila tiba musim-musim peperiksaan kerana pada mereka peperiksaan adalah jalan untuk mereka menguji kemahiran, ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. Sebaliknya pula, ada yang tertekan, kerana peperiksaan adalah satu yang menyiksa mereka. Terserah pada anda untuk tentukan.....

Petikan idea cetusan dari buku tersebut berkaitan minda seseorang samada dia seorang pelajar, pekerja dan sebagainya. Saya cukup tertarik dengan lontaran idea pengarang tentang "MINDA MENANG DAN MINDA KALAH".

Apa yang anda faham tentang istilah itu?


aiman : "saya faham, kalo saya menang main game FIFA@PE
S2009 dan dapat kalahkan kawan dengan 5-0. Itulah makna istilah kat atas tu.."

Tengok tu sahabat-sahabat, aiman yang baru berumur 12 tahun pun faham, mungkin pada pandangan kita itu satu perkara yang remeh temeh dan tak berguna. Cuba kita perhatikan, bagaimana aiman mampu mengatasi kawannya dalam mendapatkan gol yang banyak. Samada dengan skill yang digunakan untuk menekan-nekan keyboard dan joystick atau formasi pemain yang mantap. Benar! ada satu lagi faktor yang besar membantu aiman untuk berjaya mendapatkan 5 gol, iaitu MINDA MENANG.

(sebelum main game, salah seorang atau kedua-dua
pemain akan berkata "aku mesti menang dan aku nak kalahkan kau....hahaha")
Motivasi diri dan bayangan minda untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan yang tersemat dalam pemikiran pemain tersebut dapat menolak dirinya untuk berusaha mendapatkan yang terbaik. Nah... keputusan yang cukup memberansangkan.

Beberapa hari sebelum peperiksaan, saya ambil kesempatan untuk membina bayangan dalam minda suasana peperiksaan dan situasi hari peperiksaan. Tarikh peperiksaan saya adalah pada tanggal 18 mei ini, lebih kurang berbaki 12 hari dari tarikh saya mengarang coretan ringkas ini. Kebiasaan bagi pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah, akan mengambil sedikit ruang waktu sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk memohon restu dan bantuan dari ALLAH s.w.t di masjid Azhar yang terletak bersebelahan dengan universiti. Saya luangkan masa bersama mereka yang akan hadapi peperiksaan pada hari tersebut (beberapa hari yang saya sempat ke sana) untuk ambil semangat dan membayangkan realiti yang saya akan hadapi pada tanggal 18 mei.

Bagaimana keadaan saya pada 18 mei nanti jika saya masih tidak bersedia secukupnya?

Saya cuba wujudkan dalam minda saya "MINDA MENANG" bukan "MINDA KALAH". Saya mesti bersedia secukupnya untuk bekalan menjawab peperiksaan. Saya mesti gembira apabila selesai menjawab semua persoalan yang akan ditanyakan.

Saya yakin saya BOLEH...
(bukan boleh blah je..)

Ingat teman-teman sekalian pesanan TUK BAYAN TULA dari PULAU LANUN..
kalo tak ikut kene sumpah jadi kodok...
KALAU MAU PINTAR, BELAJAR!
KALAU MAU BERHASIL, USAHA!


-petikan dialog dari cerita LASKAR PELANGI-

RUJUKAN : Buku motivasi " 7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG" karangan Dr Danial Zainal Abidin.
halaman 262, cetakan PTS
-saya akan ke masjid azhar pagi ni
-
-aiman yang disebutkan di atas tk wujud pun, sekadar tambahan pelengkap rasa-
-orang yng belum tonton cerita laskar pelangi ni, kene tonton-



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on




mereka boleh lakukan... aku???

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 05 May 2009


Setelah meneliti beberapa blog yang mem'publish'kan artikel yang berkaitan kepimpinan ulama' saya juga ingin turut serta bersama-sama blogger2 yang ada untuk mempertahankan kepimpinan ulama' dalam parti islam semalaysia (PAS).

Kecelaruan timbul bila artikel ust nik abduh "kerja-kerja bodoh dalam pas" di dalam blog beliau tempoh hari. Saya turut pening pada awalnya tentang perkara yang berlaku. Apakah telah wujud dalam PAS satu kumpulan pakatan yang jahat yang ingin melaga-lagakan ulama'? Lebih mudah kita bahsakan mereka ni golongan "batu api"

Persoalan tersebut berligar-ligar dalam benak fikiran saya selama hampir berminggu-minggu. Kerisauan dan keresahan timbul dalam perasaan ini jika berlakunya perpecahan dalam sebuah parti yang mendokong hukum hakam ALLAH sebagai tunjang utama perjuangan. Ya ALLAH peliharalah kesatuan ummat islam dalam parit islam semalaysia PAS.

"kita pertahankan kepimpinan ulama'.... bila ada "ular dalam semak" datang menyemak, kita sepak-sepak, sampai mereka boleh pikir pakai otak"

Itu adalah komen saya kepada artikel ustaz din tantawi bertajuk kepimpinan ulama' di dalan blog beliau. Memang bahasa yang kurang sopan saya luahkan kerana berasa cukup terkilan terhadap golongan-golongan tersebut. Saya bukan mahu terlalu emosi dalam perkara ini, kerana orang yang ikut emosi ini akan selalu kalah dan tersilap langkah. Pembinaan blog saya juga bukan tempat saya meluah perasaan dan cerita tentang perkara-perkara murahan. Saya juga tidak mahu mendapat gelaran raja blogger copy paste. Apa maknanya kalo jadi blogger, kemudian copy paste dari orang? (takde maknanya...) -setelah membaca blog saudara zahid "klik sini"
beliau menerima teguran dari ustaz din, setelah men'copy paste' dari blog ust nik abduh. maaf saudara zahid,,,, saya tidak berniat memburukkan saudara, tapi kritikan adalah perkara yang positif.

Jika saya ingin mengulas tentang kepimpinan ulama' dari sudut ilimiyah, saya rasa sudah cukup memadai apa yang dihidangkan dalam blog ust din untuk memahamkan masyarakat dan para pembaca sekalian tentang kepimpinan ulama'. Saya tidak berniat untuk memuji atau mengagung-agungkan tulisan beliau dalam menerangkan permasalahan ini, tetapi gaya persembahan beliau dalam menerangkan dan membawa hujah-hujah cukup jelas. Andaikata masih timbul kesamaran dalam benak pemikiran "mereka". Saya anjurkan anda rujuk ayat al-quran dari surah al-ana'm :-

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (١٢٥)

125. maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.


Mungkin inilah hikmah yang sesuai bagi "mereka' yang masih tidak faham-faham atau buat-buat tidak faham. Saya serahkan pada ALLAH penentu segal-galanya. Saya bersedia dikritik jika kenyataan saya ini melampau dari perbatasan menegur secara hikmah. Saya tidak berniat mengkafirkan "mereka" atau menggolongkan mereka dalam golongan yang ingkar akan tetapi, jika penerangan demi penerangan, hujah dan logikal di sampaikan demi memahamkan "mereka" tetap ditolak. Saya fikir ini jalan terbaik.

Terkejut juga saya bila menjengah ke blog saifulislam, beliau turut mengulas tentang kepimpinan ulama' di bawah suluhan sejarah. Saya sangka beliau akan cerita tentang perkara yang ada kaitan antara cinta dan ulama'. Ustaz hasrizal adalah pakar sejarah turki uthmaniyah, saya suka mendengar dan membaca sejarah kerjaan turki uthmaniyah yang beliau tulis dan sampaikan dalam ceramah beliau.


Memetik sedikit cetusan beliau (ust hasrizal) tentang kepimpinan ulama' dan "kecoh-kecoh" yang sedang berlaku sekarang ini, kegusaran berlakunya perdebatan tidak tentu hala yang akan melambatkan tercapainya cita-cita menegakkan daulah islamiyah di Malaysia, saya berhasrat untuk mengulas tentang kepimpinan ulama' in the future yang sekarang ini berada di lubuk pembikinan ulama' (universiti al-azhar, mesir). Mungkinkah kelemahan lubuk ini menghasilkan golongan ulama' yang mampu memimpin sehingga timbul desas-desus mempertikaikan kelemahan ulama' dalam menerajui kepimpinan.

bersambung.........





Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 04 May 2009

pernahkah anda terfikir?

Seorang lelaki Inggeris yang bukan beragama Islam bawa sebuah buku islam ke dalam satu pub.

Sedang dia membaca buku itu, seorang pemuda muslim yang sedang mabuk menegur.

"mana boleh bawa buku agama dalam pub"

jawab lelaki Inggeris itu

"kalau buku agama Islam tidak boleh bawa masuk dalam Pub, kenapa kamu beragama Islam boleh masuk dalam Pub??"

lelaki muslim itu senyap tersipu.... sekian

kiriman dari sahabat
uzir86_ismail@yahoo.com

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 03 May 2009

1. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

1.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah.

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah.

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

1.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya -Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam-.

Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري )para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam. Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.

Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.

Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

2. HAK PENJAGAAN ANAK

2.1 Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan (Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh) . Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan.

2.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

3.STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

3.1 Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan.

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi.

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.Hak Pemberian Nafkah

4.1 Nafkah kepada anak

Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

4.2 Nafkah kepada isteri

Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.


Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kajian fellow MANHAL PMRAM.

Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir al-Joofre

Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain

Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Al-Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin

Bahan rujukan :

Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah

Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985

Bada’ie Sana’ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.

Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.

Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.

Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 – 409, jilid 7.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 02 May 2009

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari